PASAR FILIPHINE
Pasar ini terletak di Kota Kinabalu. Dibuka pasa setiap malam bermula jam 7 malam hingga 12 tengahmalam. Pasar ini menjual pelbagai barangan kraftangan, cenderamata, dan pelbagai hasil kraf dari mutiara termasuklah, gelang, rantai, cincin, keronsang dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah.
Sunday Market
Pasar ini dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu pada hari ahad. Sekiranya anda berkesempatan untuk datang ke pasar ini, pilihan barangan untuk dibawa pulang lebih banyak dengan harga yang jauh lebih murah. Apa yang menarik di pasar ini, walaupun menjual pelbagai jenis barangan seperi ikan, haiwan peliharaan, dan makanan namun pasar ini sangat terjaga dari segi kebersihannya, malah tidak ada satu sampah pun yang boleh anda lihat di kawasan pasar tersebut.
Desa Diary Farm
Desa Dairy Farm dikatakan kawasan New Zealand Malaysia. Di sini mereka menternak lembu susu segar. Kawasan di sini juga sangat sejuk seperti berada di luar Negara. Pemandangannya juga cantik dengan pagar kayu bewarna putih dan kawasan padang ragut bewarna hijau segar. Selain melihat lembu-lembu di sini seperti yang dipelihara di New Zealand, anda juga boleh membeli susu segar yang lazat.
Pulau Manukan
Pulau manukan terletak di seberang laut Kota Kinabalu. Anda perlu menaiki bot di Jeti Jesselton untuk sampai ke Pulau Manukan. Pulau Manukan memang terkenal sebagai lokasi snorkling terbaik di Sabah, airnya yang jernih, pantainya yang putih dan deruan angin yang sangat menyegarkan. Anda boleh menginap di chalet yang disediakan sekiranya ingin berada di sini lebih lama.
Poring Hot Spring, Ranau
Poring hot spring adalah taman air panas semulajadi yang dijadikan pusat rekreasi untuk pengunjung yang datang ke sabah. Di sini terdapat sebuah kolam air yang betul-betul panas dikatakan air semulajadi dari gunung berapi. Malah bau asid dari gunung berapi itu juga boleh dihidu dengan kuat di kolam ini. Di sini juga terdapat taman bunga dan taman rama-rama terbesar di sabah. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai hasil kraftangan yang dijual dengan harga yang sangat murah.
No comments:
Post a Comment